Feb 4, 2010

Sehari Di Pusat Jagaan Warga Emas..


"En. Nadri, saya nak beli tanah di Jalan Denai 1, Kempas Baru. Tuan tanah nak jual RMxxxK. Deposit saya dah bayar RMxxK. Boleh tak tolong saya untuk dapatkan pembiayaan???"


Setelah membuat temujanji, semalam petang saya dan rakan sepejabat pergi menemui pelanggan tersebut di lokasi hartanah yang hendak di beli.  Rupa-rupanya, di atas tanah tersebut telah di dirikan sebuah rumah untuk warga emas melayu. Nama tempat tersebut ialah "Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan". Tempat itu terletak betul-betul di belakang Hospital Pakar Kempas.

Pusat jagaan tersebut didirikan pada tahun 2009 di atas tanah milik orang lain dengan duit sumbangan daripada orang ramai, NGO dan pemilik pusat jagaan itu sendiri iaitu sepasang suami isteri yang menetap di Bandar Baru Uda, JB.

(penulis bersama pemilik & salah seorang penghuni pusat jagaan)

Kini pusat jagaan tersebut menempatkan lebih kurang 43 orang lelaki & perempuan khusunya warga emas yang keluar daripada Hospital Permai. Majoriti mereka tidak mempunyai waris. Tetapi ada juga anak-anak yang sanggup menghantar orang tua mereka ke pusat jagaan tersebut dengan kadar bayaran tertentu.

Kepada rakan-rakan yang berhajat untuk menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk wang ringgit ataupun barang-barang makanan seperti beras, minyak masak, tepung, gula, milo dsb bolehlah berbuat demikian dengan datang terus ke pusat jagaan tersebut di :


Kunjungan & bantuan kita sudah pasti akan menggembirakan para penghuni dan sekaligus meringankan beban pemilik pusat jagaan tersebut. Saya juga berharap agar berita ini dapat diwar-warkan kepada rakan-rakan yang lain.

 
(pemandangan di ruang rehat)

  
 (pemandangan asrama wanita)

( 
 (pemandangan di ruang rehat)

 
(bangunan baru. separuh akan digunakan sebagai 
surau & separuh lagi sebagai asrama)

35 comments:

  1. Eza memang hari2 lalu kat area tu..tp kat jalan besar jek...macam pernah nampak rumah kebajikan
    tu..tp.. eza tak berapa pasti sangat betul ke tempat tu....Insyaallah eza akan ajak hb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah kebajikan ini terletak kat belah dalam & bukan tepi jalan utama Kempas..

      klu ada masa pergilah bwa hubby & anak2 sekali..sekurang2nya mereka gembira jika ada org datang menjenguk mereka..

      Delete
  2. mula2.. gambar no. 4 dan 6 berulang.. iaini gambar yg sama...

    jadi tak mamat yg nak beli tanah itew?

    ReplyDelete
    Replies
    1. opsss..sungguh tajam mata en. maza..
      rasanya jadi. klu tak dpt pinjaman, tn haji tu boleh beli secara tunai..

      Delete
  3. sungguh jutawan tuan haji itu ya,

    salamm,

    ReplyDelete
    Replies
    1. jutawan berhati mulia..dan bukan pemandu jutawan..

      Delete
  4. Salam AA..

    Banyak betul rumah kebajikan kat Johor ne...

    selagi ada anak yang tidak bertanggungjawab pada ibu bapa mereka.. selagi itulah tempat ini di wujudkan..terharu betul dgn pengorbanan Tuan Haji yang berhati mulia..kalau eza ada duit byk pun mmg x sayang untuk buat kebajikan....

    Tak tergamak rasanya Eza nak buat macam tu kat mak dan ayah..teringat masa di kampung tolong ayah dgn mak kat kebun sayur..tak kira hujan ribut t'paksa gak pergi kebun, petik kacang panjang dgn cili merah..kalau tak petik hari tu,besok tak laku dah..maklumlah kacang cepat mengembang..sampai kat orang tengah berapa jek RM sekilo..memang tak berbaloi...tapi apa blh buat..itu sajalah mata pencarian...besarnya pengorbanan mereka....
    Insyaallah selagi nafas belum terhenti..tidak ku abaikan ibu bapa dan mentuaku......

    sorilah AA..terjiwang lak hari ne.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk pengetahuan eza, majoriti rumah kebajikan swasta di JB bkn utk orang melayu (islam)..mgkn sambutan drp org kita tak banyak kotss..

      pengorbanan orang tua kita mmg besar & tak boleh di bayar dgn wang ringgit. klu blh kita jaga mereka & jgn sesekali melukakan hati mereka..kita cuma ada seorg ibu & ayah shj..

      Delete
  5. 1. Aku dah re tweet
    2. Jangan lah aku dah tua nanti dihantar kerumah orang tua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2lah kita berdoa agar anak2 kita sanggup menjaga kita di hari tua nanti..

      ttp ditakuti anak2 kita ok tp suami/isterinya pulak yg tak ok..

      Delete
  6. kadang2 tu eza dgn hb ada fikir jauh jgk bila hari tua nanti mengenai anak2....

    sejak kenal dunia sampai dah boleh berjalan sendiri..kita kenal hati budi anak2 kita.... tp..bolehkah kita kenal hati pasangan mereka...
    perkara itulah yg sering eza dan hb cakapkan...
    punca utama tentulah wang ringgit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang anak2 tu susah sikit nk cakap..cuma kena berdoa agar mereka ingat kita masa kita tua nanti..

      Delete
  7. mogo tuanhaji sentiasa diberkati
    balasan yang baik dariNya, mudah2an

    ReplyDelete
  8. salam...saya dah kematian ibu jadi sy nak jaga bapa sy baik2 biar pun dia kini beristeri lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. niat murni tu kena teruskan. tahniah!!

      Delete
  9. tul la, mak ayah leh jaga anak berpuluh, tapi anak berpuluh belum tentu leh jaga maka ayah die..
    tapi yg byk saya tgk yg bukak pusat jagaan cmni, baik anak yatim/ orang tua mmg ramai guna duit sendiri.. mga mereka dimudahkan Allah.. mampu tlg mana yg patut jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. org tua kita mesti ada rahsianya kansss..

      tak ramai org yg byk duit sanggup nak buka rmh kebajikan nie..kerana bukan berorentasikan keuntungan..

      Delete
  10. Salam. Satu usaha yang murni lagi terpuji. Tapi tuan kena beri ingatan juga kepada owner / foundernya supaya beroperasi ikut undang-undang - sbb saya pernah bekerja dgn agensi penguatkuasa hal-hal macam ni. Owner cukup liat nak mendaftar secara sah ikut undang-undang. Kalau penguatkuasa tidak bertimbangrasa banyak dah pengusaha rumah kebajikan kena turun naik mahkamah. Buat benda baik sepatutnya melalui proses baik juga.T/kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.
      terima kasih atas ingatan saudara tu. setahu saya pusat kebajikan ini telah didaftarkan dengan ROS / ROB. saya pun ada tengok sijil asal pendaftaran tersebut..

      Delete
  11. Assalamualaikum.. kenapa masyarakat masih mempunyai persepsi negatif terhadap waris yang menghantar org tua mereka ke pusat jagaan warga emas? Good read.. https://husna-arrashid.com/ semoga selepas membaca kita lebih memahami dan berfikiran terbuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..betul apa yg puan katakan..masyarakat masih ada pandangan negatif bilamana anak2 menghantar mak ayah mereka ke pusat jagaan ni..sy jugak ada dengar mengenai husna arrashid..byk lg alasan lain mengapa anak2 TERPAKSA menghantar org tua mereka ke pusat jagaan..bila kita xlalui kesukaran org lain kita xkan tahu apa yg org tu lalui..setiap org ada kesukaran n ujian yg berbeza terpaksa mereka lalui..huhu..hanya ALLAH penentu segalanya

      Delete
    2. Semoga usaha murni Cik Hana dipermudahkan dan diberkati..

      Delete
  12. Saya masih xde anak... Xtau kalau nt saya kena daftar diri sendiri kalau2 dah tinggal seorang diri.. Huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau..yakinlah dengan perancangan Allah SWT utk setiap hambanya..kita bersangka baik sahaja

      Delete
  13. Kalau ada sekolah nak buat aktiviti gotong-royong boleh tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rasanya. tp elakkan buat aktiviti dibulan Ramadan kerana biasanya sudah penuh dibooking oleh pelbagai pihak..sebaiknya tuan/puan berhubung dengan pihak pusat jagaan terlebih dahulu

      Delete
  14. Ada no akaun untuk untuk dishare.... Semoga ibubapa Saya terus sihat walafiat Dan terbela nasibnya... Aamiinn.... Bab mak bpk Ni x boleh nk dipertikaikan lg.... X de galang ganti.... Ya Allah peliharalah kedua2 orgtuaku sebagai Mana mereka memeliharaku dari kecil hingga dewasa... Aaminn

    ReplyDelete
  15. Tuan/Puan boleh berhubung sendiri dengan pusat jagaan tersebut bagi mendapatkan no akaun

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKOMENTAR...

LANGGAN ARTIKEL :

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner