May 27, 2010

Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Mungkin ada di antara kita yang mana bukan dikalangan orang-orang Johor tidak mengetahui akan kewujudan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (TSN) atau Johor Military Forces (JMF). Buat pengetahuan anda semua, TSN @ JMF telah ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 untuk memenuhi syarat Perjanjian Setia 1885.

gambar TSN bersama sultan ibrahim 300x224 Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Gambar Sultan Ibrahim bersama pegawai dan askar Timbalan Setia Negeri Johor)

Pada peringkat awalnya TSN @ JMF dianggotai oleh 60 orang pemuda Melayu yang dipimpin oleh Syed Mohamed bin Nong Yahya dan Mejar Daud bin Sulaiman. Pada tahun 1895, Sultan Ibrahim telah menjadi kolonel pemerintah Timbalan Setia Negeri.

Baginda memperkukuh Askar Timbalan Setia Negeri dengan menubuhkan Johor Volunteer Forces (JVF). Pada tahun 1915, kekuatan TSN @ JMF bertambah kepada 576 orang, yang terdiri daripada 394 orang Unit Infantari, 98 orang Unit Meriah dan 84 orang Unit Pancaragam. Leftenan Kolonel Tompkins dan Sarjan Mejar Claymore telah dilantik untuk melatih pasukan ini.

tunku ibrahim 300x281 Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Gambar Tunku Ismail Ibrahim bersama askar Timbalan Setia Negeri Johor)

Antara nama-name besar yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah :

1. Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail – Sultan Johor. Baginda merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
2. Tun Hussein Onn – Bekas Perdana Menteri Malaysia. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Debra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.
3. Jeneral (B) Tun Ibrahim bin Ismail – Bekas Panglima ATM. Beliau pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.
4. Dato Onn Jaafar.
5. Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid. Beliau merupakan bapa kepada Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid yang pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.

Negeri Johor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai Askar Timbalan Setia Negeri dan Sultan Johor merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Sesungguhnya, rakyat Johor harus berbangga kerana negerinya mempunyai Askar Timbalan Setia Negeri tersendiri selain daripada Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Feb 10, 2010

Hikmah Di Sebalik MUSIBAH


Sesungguhnya semua umat manusia di dunia ini memang tak boleh terlepas daripada dilanda musibah . Tidak kira musibah itu kecil atau besar. Musibah juga datang melanda tanpa mengira agama, jantina, umur, pangkat dsb.

Kita sebagai umat yang berpegang teguh kepada ajaran agama islam, apabila musibah  menimpa kita, maka kita haruslah mengambil sikap agar beban menjadi ringan bahkan menjadi rahmat.

PERTAMA:
Apabila ditimpa musibah hendaknya kita mengucapkan "innaalillaahi wainnaa ilaihi raaji'uun" ("sesungguhnya kita milik Allah dan kepadanya kita akan kembali").

Ucapan istirjaa' mengandungi pengertian bahawa diri kita, keluarga dan harta benda kita adalah milik Allah Ta'ala. Sebagai ingatan, apabila kita meninggalkan dunia ini, kita tidak akan membawa apa-apa kecuali amal soleh kita sahaja. 

Tetapi dalam masyarakat kita hari ini, ucapan istirjaa' hanya diucapkan apabila ada mendengar berita  kematian sahaja.


KEDUA:
Hendaknya kita yakin dengan takdir Allah Ta'ala baik dan buruknya. Ini penting kerana keyakinan dengan rukun iman yang keenam ini akan meringankan beban kita.

KETIGA:
Hendaknya kita bersyukur kerana musibah yang menimpa kita tidaklah lebih besar dari yang menimpa orang lain. Ramai orang yang sebenarnya tertimpa musibah tetapi dia tidak menyedarinya, yakni tertimpa musibah dalam agamanya.
Yang menghairankan adalah tidak sedikit orang yang terjatuh pada musibah agama (musibah diniyah), namun ia sedikitpun tidak merasa sedih. Contoh musibah agama ialah seperti perzinaan, makan riba, membunuh jiwa yg tidak halal, jumpa dukun/bomoh dll. Kes-kes seperti ini hampir setiap hari dilaporkan di akhbar tempatan. Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang!!!


KEEMPAT:
Hendaknya kita tidak berkeluh kesah @ merungut apabila kita timpa musibah sebab itu semua tidak akan mengembalikan apa yang telah hilang. Berkeluh kesah juga menunjukkan sesorang itu tidak redha akan takdir Allah Ta'ala.


KELIMA:
Kita harus yakin bahawa apa yang menimpa, jika kita sabar dan redha, maka Allah Ta'ala pasti memberi ganti atau ganjaran. Allah Ta'ala akan memberi kenikmatan, barkah, kelazatan, kebaikkan yang berlipat kali ganda. Bahkan musibah yang melanda akan menghapuskan dosa-dosa dan akan menyucikan jiwa-jiwa kita


Semoga kita semua menerima setiap musibah yang menimpa kita dengan baik dan benar. Sabar dan redha serta selalu bersyukur kepada Allah Ta'ala, insyaallah kita akan mendapat kelazatan iman.



 


LANGGAN ARTIKEL :

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner