Jan 17, 2010

ADNAN SEMPIT; semuanya sempit...




Malam semalam lepas hantar ayah mertua & maid balik ke Kg Melayu Majidee, AA & family terus ke Jusco Tebrau City. Tujuan utama adalah nak tengok filem melayu terbaru dkt panggung: ADNAN SEMPIT. Tiket wayang wife AA dah beli belah siang.

Sementara menunggu giliran masuk ke panggung pada pukul 9:30 malam, AA singgah sebentar ke Pizza Hut untuk mengisi perut yg berkeroncong. Aiman (11) yang nak sangat makan kat situ.

Panggung pada malam tu penuh sungguh. Mungkin ramai yang tengah ternanti-nantikan filem melayu berunsur komedi cinta selepas era OS & AR Badul.  Filem yang boleh melepaskan tekanan di tempat kerja untuk sementara waktu...

Scene yang pertama pun dah buat orang ramai ketawa sampai pecah panggung termasuklah AA & Aiman juga. Boleh dikatakan 60% jalan ceritanya dipenuhi dengan aksi lawak Along & Angah Raja Lawak termasuklah Cat Farish. Pandai David Teo cari pelakon untuk lariskan filem beliau. Tak lupa juga kepada pengarahnya; Ahmad Idham...

Kesimpulannya; memang tak rugi beli tiket cerita ADNAN SEMPIT nie. Memang value for money. Kalau korang semua tak percaya, cubalah tengok sendiri dkt panggung pasal kedai jual CD cetak rompak belum ada stok buat masa nie...

"DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA HIGHWAY"


8 comments:

  1. oh bes ke...anak pun dok merengek nk tgk heheheh

    tq for sharing the info :)

    ReplyDelete
  2. mmg best sis dee. sure dia ketawa besar pnya...

    ReplyDelete
  3. tengok sedutan kat tv ponn dah kelakar gilerr.. ehehe

    ReplyDelete
  4. kawan dilla tadi dok creter pasal movie ni
    best Giller.....tergelak2 katanya
    ticket asyik habis jek macamana nak tengok ni ( he he he)

    ReplyDelete
  5. betul kata kwn dilla tuh..mmg best giler..

    beli tiket through online kans boleh!

    ReplyDelete
  6. mmg best...abgdin rasa modal buat film ne tak le mahal.. tapi menghiburkan...

    ReplyDelete
  7. semua org yg dh tengok cakap mmg best..

    modal tak mahal tp pulangan lumayan. 11 hari dpt RM5 juta. wowww!!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKOMENTAR...

LANGGAN ARTIKEL :

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner