FACEBOOK!!! Rata2 kita semua ada akaun facebook kans??? Facebook merupakan antara laman web sosial yang paling popular abad inie.
Tetapi, berhati2 lah ketika anda membuat komen di laman sosial nie terutamanya bab2 yang berkaitan dengan keselamatan negara, sensitivity kaum dll. Harap2 janganlah ada diantara kita semua yang akan mendapat nasib yang sama seperti mamat kat bawah nie.
PETALING JAYA: Seorang pelajar berusia 25 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menulis perkataan ugutan dalam Facebook berkaitan isu penggunaan kalimah Allah. Pelajar itu didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dakwaan terhadap pelajar tahun pertama jurusan Diploma Perfileman itu dibuat selepas dia dituduh menghantar komen: “Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding...” di laman web rangkaian sosial interaktif tersebut.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Kesimpulannya; Berhati-hatilah ketika menulis di laman web sosial nie. Tujuannya cuma suka-suka, tapi duka akibatnya. Renung2kan lah...
kaanns.. muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn
ReplyDeleteamin...lain kali sarang tebuan jgn dijolok lerr!!!
ReplyDeleteTu le namanya malang tak berbau ..
ReplyDeleteadeh ..
kena lebih berhati2 selepas ini kans..
ReplyDeletesalam perkenalan en. hydir..
tapis tapis jgn sebarang.... itu pasal ada perkataan tapis...
ReplyDeletekes lupa nak beli tapis ler nie..tu yang tulis boh semcm ajer...
ReplyDelete