Dec 6, 2009

Chamek Kopitiam @ Bdr Baru Uda...



"Chamek Kopitiam" nie mula beroperasi pada 12/09/2009, seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Ianya terletak di Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda, JB, berdekatan dgn Mydin Store dan kira-kira 1.5 km dari Plaza Angsana.

Kopitiam ini dimiliki oleh usahawan muda Islam. Semua para-pekerjanya terdiri daripada orang Islam. belaka Makanan & minumannya adalah HALAL kerana ianya disediakan oleh tangan2 orang Islam.

Kalau berkunjung kesini, jangan lupa untuk mencuba "Kopi Chamek" samada panas ataupun sejuk.


Dengan bertambahnya Kopitiam yang dimiliki oleh orang Islam, penduduk Islam di sekitar JB tentunya boleh beralih angin daripada terus mengunjungi Kopitiam2 yang dimiliki oleh Non Muslim seperti Old Town.

Bukankan mencari yang HALAL itu fardu bagi orang Muslim??? Sama-samalah kita menyokong perniagaan orang Muslim kita demi untuk mengukuhkan lagi ekonomi orang Muslim itu sendiri.



No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKOMENTAR...

LANGGAN ARTIKEL :

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner