Dec 5, 2009

Aiman Dah Potong!

Anak sulung AA, Aiman (10) telah selamat berkhatan pada pagi Jummat yang lepas (04/12/2009) di Hospital Penawar, Pasir Gudang dengan menggunakan kaedah laser. Aiman memang berani kerana tidak banyak alasan & karenah apabila disuruh berkhatan semasa cuti sekolah ini. Dia pun tak mengenakan sebarang syarat untuk berkhatan.  Contohnya nak PSP, handphone...


(Aiman sedang bermain game sementara menunggu giliran untuk dibawa masuk ke bilik bedah selain dapat mengurangkan rasa debaran)


Aiman di bawa masuk ke dalam bilik bedah pada pukul 12:00 tengahari untuk diberikan bius seluruh badan. Itu pun atas permintaannya sendiri. Lebih kurang pukul 1:00 petang barulah Aiman keluar dari bilik bedah dalam keadaan masih tak sedarkan diri.


(Keadaan Aiman selepas selesai menjalani proses berkhatan. Masih tidak sedarkan diri kerana telah diberikan ubat bius seluruh badan)

Tepat pukul 6:00 petang, Aiman dibenarkan balik kerumah. Itu pun selepas Aiman buang air kecil. Kalau tak, jangan haraplah doktor nak bagi balik. Mungkin kena stay dekat ward untuk satu malam...


(Iklan ini tidak ada kena mengena dengan kisah Aiman di atas)


2 comments:

  1. tahniah wat aiman tak kisah tewww.. ehehe, aQi me pon buat laser kat hospital penawar tewww, tapi tak pakai bius - terus balik umah .. ehehe

    ReplyDelete
  2. aiman takut sakit, tu yg kena bius...xpelah, janji nak sunat...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKOMENTAR...

LANGGAN ARTIKEL :

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner