May 27, 2010

Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Mungkin ada di antara kita yang mana bukan dikalangan orang-orang Johor tidak mengetahui akan kewujudan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (TSN) atau Johor Military Forces (JMF). Buat pengetahuan anda semua, TSN @ JMF telah ditubuhkan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 untuk memenuhi syarat Perjanjian Setia 1885.

gambar TSN bersama sultan ibrahim 300x224 Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Gambar Sultan Ibrahim bersama pegawai dan askar Timbalan Setia Negeri Johor)

Pada peringkat awalnya TSN @ JMF dianggotai oleh 60 orang pemuda Melayu yang dipimpin oleh Syed Mohamed bin Nong Yahya dan Mejar Daud bin Sulaiman. Pada tahun 1895, Sultan Ibrahim telah menjadi kolonel pemerintah Timbalan Setia Negeri.

Baginda memperkukuh Askar Timbalan Setia Negeri dengan menubuhkan Johor Volunteer Forces (JVF). Pada tahun 1915, kekuatan TSN @ JMF bertambah kepada 576 orang, yang terdiri daripada 394 orang Unit Infantari, 98 orang Unit Meriah dan 84 orang Unit Pancaragam. Leftenan Kolonel Tompkins dan Sarjan Mejar Claymore telah dilantik untuk melatih pasukan ini.

tunku ibrahim 300x281 Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Gambar Tunku Ismail Ibrahim bersama askar Timbalan Setia Negeri Johor)

Antara nama-name besar yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah :

1. Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail – Sultan Johor. Baginda merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
2. Tun Hussein Onn – Bekas Perdana Menteri Malaysia. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Debra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.
3. Jeneral (B) Tun Ibrahim bin Ismail – Bekas Panglima ATM. Beliau pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.
4. Dato Onn Jaafar.
5. Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid. Beliau merupakan bapa kepada Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid yang pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.

Negeri Johor merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai Askar Timbalan Setia Negeri dan Sultan Johor merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Sesungguhnya, rakyat Johor harus berbangga kerana negerinya mempunyai Askar Timbalan Setia Negeri tersendiri selain daripada Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

4 comments:

  1. maza pernah cuba-cuba menghantar borang nak jadi askar timbalan setia.. berkhidmat kata sultan katanya..

    entah macam mana, pada hari interview itew, maza boleh tak terjaga bangun pagi. jawabnya interview di bandar Kluang itu terlepas..

    dengan itu juga maza jadi civilian ada pun sehinggalah sekarang.. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi banget Maza tak dpt jadi askar timbalan setia..klu tidak skrg blh berselfie dgn Sultan & TMJ & player2 JDT yg fofular..

      Delete
  2. Memang tak tahu kewujudan Askar Melayu johor ni. Kira ni macam askar rahsia ke apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan askar rahsia..askar timbalan setia ditubuhkan utk menjaga keluarga diraja johor..gaji mereka di byr oleh kerajaan johor..dimalaysia hanya ada 1 saja..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKOMENTAR...

LANGGAN ARTIKEL :

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner