Jan 29, 2010

Pergi Tak Akan Kembali...


Esok (Jumaat = 29/01/2010) genaplah seminggu kemangkatan Almarhum Sultan Johor & genap seminggu jugaklah si mamat "Aduka Taruna" kena sumpah seranah oleh rakyat Malaysia terutamanya rakyat Johor. Tak tahulah dah berapa tan sumpah seranah yg mamat celaka nie dah dapat. Apakah nasib beliau selepas ini agakya???

Sebabnya tak payahlah aku nak ulas lagie. Satu malaysia dah tahu dah..Dah jadi topik hangat pun dkt kedai2 kopi dkt kg aku selepas skim pelaburan swisscash, winli fund, abb fund & mcm2 fund lagie..

Alkisahnya, pada belah petang selepas Almarhum Sultan dimakamkan, aku & family berkesempatan untuk menziarahi makam baginda di Makam Diraja Mahmodiah sebagai penghormatan terakhir. Masa aku tiba, orang dah tak berapa ramai kerana dah nak masuk waktu maghrib..Org tua2 zaman dulu ada kata; jangan berada dikawasan kubur pada waktu maghrib..takut nanti jumpa H... (betul ke???)...

(isteriku bersama dgn Ammar (8) & Aiman (11)

Selepas tu aku pergi menziarahi pulak makam anakku yang ke2 (allahyarhamah Siti Rahmah) yg terletak tak berapa jauh dari makam Almarhum Sultan. Hari Raya Puasa & Hari Raya Haji yang lepas aku tak datang membersihkan makamnya. Dah 9 tahun dia meninggalkan aku & isteriku. Punca kematiannya aku & isteriku masih tak dapat lagi terima sehingga kini walaupun aku tahu ajal & maut itu ditangan ALLAH swt. Dia cuma sempat hidup untuk beberapa minit sahaja didunia ini. Dia meninggal dunia pada pagi Jumaat, 02/08/2001.

Tapi ALLAH swt Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Alhamdulilah, setahun selepas tu aku dikurniakan anak lelaki (Ammar) yang mana lahir pada tarikh yang sama, 02/08/2002, & pada hari yang sama. Alangkah besarnya kuasa ALLAH swt.

Hakikatnya, semua insan yang aku sayangi; ayahku (80) telah meninggal dunia pada pagi Jumaat, nenekku (100) telah meninggal dunia pada hari Jummat & abang iparku (mualaf) juga telah meninggal dunia pada petang Jumaat. Aku doakan semoga roh2 mereka senantiasa dicucuri rahmat oleh ALLAH swt.

Aku pulak, tak tahu bila akan meninggalkan dunia yang penuh dengan tipu daya ini!!!

       





10 comments:

  1. Al-Fatihah...entah macam mana kita pula akan dijemput..

    ReplyDelete
  2. “Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return”

    salamm,

    ReplyDelete
  3. salam pagi jumaat .. apa pun yg terjadi kat kita ada hikmah yg mgkin kita perasan dan mungkin gak kita tak perasan...

    Allah bagi kita ujian sbb tau kita KUAT nak menghadapinya...

    Al fatihah pada yg TIADA :)

    ReplyDelete
  4. @ Kak Kujie: sesiapa pn takkan tahu bila & dimana dia akan dijemput..biarlah akhir hayat kita dpt menyebut kalimah "ALLAH"..

    ReplyDelete
  5. @ tunbegia: betul tu..sebaik2nya biarlah kita kembali kepada PENCIPTA seperti mana kita dilahirkan di dunia dahulu..

    ReplyDelete
  6. @ sisdee: salam pagi jumaat juga..

    setuju sgt..setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. cuma kita perlu banyak bersabar & senantisa mendekatkan diri padaNYA.

    ujian itu jualah yang akan membersihkan dosa2 kita yang lampau..

    ReplyDelete
  7. ayah saya juga meninggal hari jumaat..semoga ia memberikan kita peringatan untuk kita bersedia menghadapinya..

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah.

    beruntung sesiapa yg dpt meninggal dunia pd hari jumaat kerana terlepas drp seksaan kubur hingga hari kiamat.

    subhanallah...

    ReplyDelete
  9. fikiran nya begitu sempit, mmg patut pun di sumpah org....

    ReplyDelete
  10. dia lupa nak tgk Adnan Sempit kans..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKOMENTAR...

LANGGAN ARTIKEL :

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner