Jan 21, 2010

Ayam Daging Lebih BAHAYA Daripada Rokok!!!



Untuk N3 kali ini, AA cuba nak berkongsi sedikit info berkenanan dengan tajuk di atas tuhh...Mungkin ada diantara kita yang mungkin dah tahu. Tapi takpelah, AA cuma nak refresh tentang isu AYAM nie untuk kebaikan bersama. Mungkin info ini boleh dikongsi bersama2 rakan2 yang lain.


...Sehingga kini, rokok telah diakui cukup merbahaya kepada kesihatan oleh pakar2 perubatan kerana didalamnya terdapat bermacam2 jenis racun yang boleh mengancam kesihatan manusia. Tetapi menurut Hj. Ahmad Bin Hj. Othman, Ayam Daging Proses @ Ayam Daging sebenarnya lebih bahaya dari Rokok. Betul ke???



Memang ramai orang yang akan terkejut jika mendengar kenyataan beliau ini. Namun inilah realiti sebenarnya. Ini kerana di dalam Ayam Daging terdapat bahan2 klinikal yang banyak yang cukup bahaya bagi kesihatan.


Untuk memastikan kesahihan perkara itu, beliau telah mengujinya dengan satu alat khas untuk mengesan bahan2 klinikal di dalam Ayam Daging Proses. Alat tersebut dikenali sebagai Ozon Nazer. 



Apabila beliau mengambil seekor Ayam Daging Proses yang telah disembelih dan dilapah dan dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan kemudian dimasukkan Ozon Nazer di dalamnya, didapati air tersebut naik tinggi dan berbau busuk.


Air yang naik tinggi dari dalam baldi itu adalah disebabkan tindak balas bahan2 klinikal dengan Ozon Nazer. Setelah dibiarkan lama, paras air itu semakin menurun dan baunya juga semakin berkurangan dan akhirnya terus hilang kerana bahan2 klinikal yang terdapat didalam Ayam Daging itu telah dibuang oleh Ozon Nazer.


Hasilnya, terdapat satu ketulan sebesar ibu jari. Itulah sebenarnya bahan2 klinikal yang terdapat di dalam Ayam Daging itu.


Bahan2 klinikal itu sengaja digunakan oleh peniaga khususnya pengusaha ayam daging bagi membolehkan daging ayam itu tahan lama, segar dll. Bahan2 klinikal itulah sebenarnya yang menyebabkan orang ramai mendapat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang, lemah jantung dsb...

Hj Ahmad Bin Hj Othman adalah Presiden Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan merangkap Timbalan Presiden FOMCA.

7 comments:

  1. tu le kan..sbb tu ada yg kata..baik makan ikan n sayur dari ayam...huhuhu

    ReplyDelete
  2. ikan pakai ubat mayat utk bg segar. sayur plk pakai racun utk halau serangga perosak.

    semuanya x slmt dmakan kans. baik bela / tanam sendiri kat blkg rmh...

    ReplyDelete
  3. kalau baca semua info - ayam, sayut terlebih racun, ikan tercemar - nak telan pun takut.

    tapi - kalau itu saja pilihan yang ada....

    nak tanam sendiri pun - hujan pun dah asid :p

    ReplyDelete
  4. betul tu kak kujie. semuanya dah tercemar kans..

    kita semua dah xde byk pilihan..

    ReplyDelete
  5. makanan sekarang penuh dgn bahan kimia.... pandai pandai lah pilih...

    ReplyDelete
  6. jadilah pengguna yg bijak. faedahnya banyak...

    ReplyDelete
  7. rajin2lah baca "bismillahillazii laa yadhurru ma'asmihi syai unfil ardhi walaa fissama i wahuas Samii'ul 'Aliim", insyaAllah dgn berkat namaNya, tiada yg dpt memudharatkan..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKOMENTAR...

LANGGAN ARTIKEL :

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner