Nov 25, 2009

Majalah "I LUV ISLAM" Akan Berada di Pasaran...

Alhamdulillah, akhbar mingguan iLuvislam(edisi pengenalan) telah pun siap dicetak. Akhbar setebal 40 muka surat dengan kertas berkualiti dan berwarna-warni, memaparkan isu kontemporari Islamik, dalam negara, luar negara dan pelbagai lagi kisah yang umat Islam dan bukan Islam. Ia sepatutnya dijadikan koleksi mingguan kita semua dalam usaha mencari cinta; cinta yang sempurna.

InsyaAllah ia boleh didapati di pasaran bermula esok pagi dan akan sepenuhnya berada di pasaran pada hari Isnin. Menurut sumber, di mana ada jual akhbar Sinar Harian, di situ juga ada jual akhbar iLuvislam.

Mengikut perancangan pihak pengurusan, insyaAllah akhbar ini akan dirasmikan pada 19 Disember 2009. Team event iLuvislam.com Malaysia bersama-sama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB) akan menganjurkan sebuah aktiviti istimewa sempena majlis pelancaran tersebut.

Edisi pertama (01) akhbar majalah ini akan bermula pada 1 Januari 2010, setiap hari Jumaat, dijual dengan harga RM2.00.



Pesana drp AA: Daripada kita beli majalah hiburan yang boleh menambah lagi dosa kita, eloklah kita perbaiki diri dengan membeli dan membaca majalah2 yg berfaedah spt Majalah I Luv Islam (ILI).

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKOMENTAR...

LANGGAN ARTIKEL :

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner